Namco Bandai Holdings

Bandai Namco Holdings Incorporated ( Bahasa Jepun : 株式会社バンダイナムコホールディングス ; dibaca : Kabushiki Gaisha Bandai Namuko Hotrudingusu ; singkatan : BNHI ; juga dikenali sebagai : Bandai Namco Group Holdings Corporation ) ialah sebuah syarikat yang ditubuhkan daripada gabungan Bandai dan Namco. Syarikat ini terlibat dengan permainan, permainan video dan arked, anime dan taman hiburan. Entiti baru ditubuhkan pada 29 September, 2005.Secara rasmi, Bandai telah membeli Namco; namun, kedua-dua syarikat memiliki kuasa setara dalam membuat keputusan berkumpulan.Bandai merupakan penghasil ketiga terbesar dalam perniagaan permainan. Sebelum gabungan berlaku, Bandai pernah memiliki Sunrise, sebuah syarikat anime, yang telah menjadi anak syarikat BNHI setelah berlakunya gabungan tersebut. Syarikat ini memiliki ibu pejabat di Tokyo.[3]

Namco Bandai Holdings

Industri Industri permainan video
Industri permainan
Industri anime
Taman hiburan
Pendapatan bersih ASD 130.874 million (2009)[2]
Laman web rasmi www.bandainamco.co.jp
Anak syarikat
ISIN JP3778630008 
Ibu pejabat Tokyo, Jepun
Ditubuhkan 29 September 2005 (2005-09-29)
Hasil ASD 4.716 billion (2009)[1]
Tempat diberi khidmat Seluruh dunia
Pembahagian
Jenis Syarikat awam (TYO: 7832 )
Pendahulu Bandai, Namco
Nama asal 株式会社バンダイナムコホールディングス